MAPIM melancarkan misi SOS bantuan banjir ke Kampung Orang Asli Bukit Serdang
Bukit Changgang : Setelah empat hari penduduk kampung Orang Asli Bukit Serdang terperangkap dalam banjir besar, pasukan MAPIM Malaysia dengan MAPIM Rangers yang diketuai oleh Pegawai MAPIM, Aiman Syafik akhirnya berjaya sampai ke sana.
Kampung Orang Asli Bukit Serdang yang terletak di Banting, Selangor juga dilanda banjir besar yang menenggelam rumah sehingga ke bumbung.
Pasukan MAPIM Malaysia sudah mencuba tiga kali untuk masuk ke sana, tetapi menemui banyak halangan. Antaranya air banjir yang masih deras dan kenderaan rosak apabila meredah banjir.
Sebaik sahaja sampai ke Kampung Orang Asli Bukit Serdang, pasukan MAPIM Malaysia disambut oleh Tok Batin Amir bin Dingak, 51, dan Pengerusi Kampung Orang Asli Bukit Serdang, Awin bin Biye, 50.
Tok Batin Amir bin Dingak agak terkejut bercampur gembira dengan kedatangan pasukan MAPIM Malaysia. Tambah Awin bin Biye, pasukan MAPIM antara NGO terawal yang menghulurkan bantuan kepada pihak mereka.
MAPIM Malaysia membawa barangan keperluan asas seperti kotak bantuan makanan, hyiegine kit, dan air minuman bersih.
Menurut Aiman Syafiq, “Bantuan ini memang tidak menyelesaikan masalah mereka, tetapi ia akan mampu meringankan beban yang mereka tanggung. Kita komited untuk membantu lebih ramai mangsa banjir. Jadi kami mengharapkan sumbangan orang ramai, supaya lebih ramai mangsa banjir yang mampu kita bantu.”
Kedatangan pertama MAPIM ini selain memberikan bantuan awal kecemasan adalah juga bagi memberikan sokongan semangat kepada penduduk, selain melihat keperluan untuk bantuan susulan yang lebih khusus.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038