DomestikSemasa

MAPIM Malaysia teruskan misi kemanusiaan di Terengganu

Sebagai susulan misi menghantar bekalan bantuan, makanan asas di Pulay Redang dan Pulau Perhentia

KUALA TERENGGANU : Atas inisiatif Zizan Razak dan sokongan kuat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), misi menghantar bantuan terdesak ke keluarga asnaf dan golong dan terkesan akibat penularan Covid-19 diteruskan pula di Kuala Terengganu.

Kali ini MAPIM Malaysia berkerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Fisabilillah Terengganu (Fisabilillah TRG) telah menyantuni 20 keluarga di Kampung Laut, Kampung Belukar Jambu dan Kampung Surau Haji Daud.

Kerja pengagihan bantuan bekalan itu disertai penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang juga penaung Fisabilillah TRG ditemani pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang mewakili MAPIM Malaysia.

“Alhamdulillah, terima kasih penaung kami Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Razak mewakili MAPIM Malaysia untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Kampung Laut, Kampung Belukar Jambu dan Kampung Surau Haji Daud.

“Sebanyak 20 biji rumah menerima bantuan,” kata Fisabilillah TRG dalam satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, Zizan turut mengucapkan penghargaan kepada pihak MAPIM Malaysia dan kru  Fisabilillah yang bekerjasama turun padang dalam menyampaikan bantuan.

“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Selesai 20 buah rumah untuk hari ini, terima kasih kepada MAPIM dan krew Fisabilillah yang bekerjasama turun padang dan menyampaikan amanah yang telah diberikan kepada semua pemberi-pemberi yang baik hati,”

Pada minggu lalu, MAPIM Malaysia telah melancarkan Misi Bantuan Ihsan: Panggilan ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian bagi membantu 700 keluarga yang terkesan di kedua-dua pulau tersebut.

Bantuan yang diterima merupakan 1,000 kotak makanan, 500 set susu dan 500 set lampin bayi dianggarkan bernilai RM250,000.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Dr. Sani Araby Al-Kahery, sebelum ini menyatakan pihaknya akan terus berusaha menyampaikan bantuan bekalan kepada golongan terdesak terutama ketika waktu yang penuh cabaran ini.

Katanya, orang ramai turut dialu-alukan untuk menghubungi MAPIM Malaysia sekiranya berhasrat untuk menyumbang bantuan kepada keluarga asnaf dan golongan memerlukan.

Oleh Pelatih Hafeez Anuar (Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) / AJ

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button