Covid19Semasa

Covid-19 : 11,079 kes positif hari ini

Melepasi paras 11,000 buat julung kali

PUTRAJAYA : Kes harian Covid-19 di negara buat julung kali melepasi paras lima angka apabila sebanyak 11,079 kes jangkitan baharu dilaporkan hari ini.

Angka itu juga merupakan angka tertinggi harian pernah dicatatkan sejak penularan Covid-19 di Malaysia tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penambahan angka itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 855,949.

Katanya, negeri Selangor adalah penyumbang terbesar dengan 5,263 kes diikuti Kuala Lumpur (1,521) dan Negeri Sembilan (1,033).

“Kedah merekodkan 497 kes, Sarawak (472), Johor (406), Perak (329), Melaka (323), Pahang (321), Sabah (239), Pulau Pinang (234) dan Kelantan 211 kes baharu.

“Terengganu mencatatkan 93 kes baharu, Putrajaya (77), Labuan (60) manakala Perlis kekal merekodkan sifar kes positif Covid-19,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Oleh: Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Aqil Azfar / AJ

Related Articles

Back to top button