Semasa

MAPIM Malaysia terus bertungkus-lumus bantu mangsa banjir

HULU LANGAT : Untuk mangsa banjir, masih terasa berat untuk menerima apa yang menimpa kepada mereka, namun apakan daya kita tidak boleh menolak takdir.

Walaupun berdepan dengan segala kepayahan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terus turun ke kawasan banjir bagi menghulur bantuan di samping bergotong-royong membersihkan kediaman mangsa banjir.

Kehadiran MAPIM Malaysia memberi sedikit kelegaan kepada mangsa-mangsa yang masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Zairi Ramli, 38, seorang penduduk mangsa banjir mula membersihkan rumahnya yang diliputi lumpur tebal.

“Semasa kejadian saya berada di Ampang. Apabila saya dimaklumkan air sudah naik terus saya bergegas pulang. Perjalanan saya jadi tersekat untuk pulang, saat itu saya sudah pasrah tak dapat nak selamatkan apa-apa yang perlu. Sebaik saya sampai rumah, kereta dan motor di rumah habis tenggelam,” luahnya.

Zairi juga mengatakan ini adalah kali pertama sejarah dalam hidupnya, apa yang dikumpul selama ini  hilang lesap begitu sahaja.

“Sejak Sabtu saya tidak dapat buat apa-apa disebabkan elektrik dan air tiada, hari ini baru saya dapat mula mengemas apa yang patut,” tambahnya.

MAPIM Malaysia masih prihatin dengan keadaan status terkini mangsa-mangsa banjir dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka tanpa kenal erti penat dan lelah.

MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

 

Related Articles

Back to top button