Bangi : Seiring dengan desakan hidup yang semakin meningkat akibat kesan pandemik covid-19, rakyat juga semakin kreatif dalam membina rangkaian sokongan antara mereka. Terbaru, idea mengibarkan bendera putih bagi memberitahu yang mereka perlukan bantuan asas, mula trending di media sosial.
Diyakini idea asal bendera putih datangnya daripada saudara Jamil bin Ismail. Dalam masa yang singkat, status Facebook saudara Jamil menjadi tular dan idea gerakan bendera putih mula dizahirkan.
MAPIM Malaysia sentiasa meraikan apa sahaja idea yang membawa kebaikan kepada Ummah, termasuk idea kibarkan bendera putih. MAPIM menekankan bagaimana untuk melancarkan urusan gerakan kibarkan bendera putih, dan dapat memudahkan orang yang mahu membantu tetapi tidak ada kemampuan ataupun malu, dan pasti ia akan memudahkan juga orang yang meminta bantuan.
Sesiapa yang melihat kibaran bendera putih, boleh terus menghubungi HOTLINE MAPIM MALAYSIA di 012-8002016. Hanya perlu berikan alamat dan gambar rumah terbabit. Urusan seterusnya MAPIM akan selesaikan mengikut kemampuan yang ada.
“Masanya Ummah Bantu Ummah. Kita buat ini sebagai usaha kerdil untuk memberikan sokongan agar keluarga yang tertekan dapat dibantu segera dan diberikan sokongan moral. Kita ambil tahu dan bantu tanpa mengira bangsa dan agama tanda kita bersaudara dan cintakan negara! We need all of you to be part of urgent this campaign. This is wake-up call for us to help Ummah. Yes, Ummah in Islam mean all! We all now are Ummah’s Frontliner! Masanya untuk kita zahirkan peranan kita tanda kita bersaudara dan cintakan negara. Ayuh tanya khabar dan bantu jiran serta saudara dikawasan kita.”
MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA
#MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai bagi menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016