
YAN : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bergerak pantas menjalankan kerja-kerja khidmat bantuan pasca banjir di Yan, Kedah dengan menyasarkan 50 buah rumah bermula hari ini.


Kerja baik pulih dan pembersihan rumah-rumah mangsa dijangka memakan masa selama empat ke tujuh hari bergantung pada keadaan cuaca.
Setakat ini, dilaporkan keadaan selut pasir dan pohon kayu hanyut masih banyak hingga menyukarkan pergerakkan misi bantuan.





Walau bagaimanapun, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Jabatan Kerja Raya (JKR) turun padang membuka laluan.
Merujuk hantaran Facebook Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery, sebanyak empat buah lori berat APM digerakkan bagi membantu Misi Bantuan Bencana MAPIM Malaysia (Yan Kedah).
Lori berat APM membawa 600 kotak bantuan, tilam, bantal, sejadah, tikar, air minuman, kelengkapan dapur, dan rumah untuk diagihkan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.
“Misi Bantuan Bencana MAPIM Malaysia (Yan Kedah) kali ini dilaksanakan dengan mengerakkan sayap MAPIM Rangers dan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) MAPIM Malaysia.
“Turut sama berganding bahu APM dan agensi negeri lain termasuk Lembaga Zakat Negeri Kedah yang sangat komited dalam membantu meringankan bantuan saudara kita yang sedang diuji,” ujar (Dr.) Sani Araby Al-Kahery
Dalam pada sama, Ketua Aktivis MAPIM Malaysia itu menyeru seluruh rakyat Malaysia mendoakan dan memberi sokongan agar misi bantuan ini dapat disempurnakan bersama.
Oleh Nurshazlin Shahrom
_________________________
Sumbangan infaq TABUNG KILAT MAPIM MALAYSIA boleh disalurkan menerusi :
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016