MAPIM laksanakan amanah hantar set PPE ke Hospital Baling
Set PPE daripada Yayasan MYPrihatin
BALING : Kes jangkitan Covid-19 sejak akhir-akhir ini menunjukkan peningkatan dari hari ke hari.
Jumlah saringan Covid-19 yang melonjak serta pemberian vaksin yang semakin meningkat menyebabkan Hospital Baling kekurangan set kelengkapan perlindungan diri (PPE).
Atas dasar keprihatinan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Yayasan MYPrihatin menyumbangkan set PPE kepada hospital Baling.
Menurut Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol
sebanyak 800 set PPE telah diagihkan.
“Berdasarkan maklumat yang diterima, Hospital Baling kekurangan set PPE atas faktor aktiviti saringan covid, pemvaksinan dan juga kuarantin pesakit Covid-19.
Jadi, kami menyumbangkan 800 PPE kepada Hospital Baling sebagai penghargaan dan juga membantu memudahkan perwira-perwira negara yang tidak pernah kenal erti penat dalam mengekang virus ini,” katanya ketika ditemubual Ummah Today.
Sumbangan set PPE itu telah disambut baik oleh pihak Hospital Baling.
Pihak Hospital juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada MAPIM kerana menyampaikan amanah set PPE tersebut.
Sementara itu, Misi Pasca Banjir MAPIM Malaysia masih belum sampai ke garisan penamat dan kerja pembersihan serta agihan pek bekalan makanan dan kelengkapan rumah kepada mangsa banjir di Yan, Kedah masih diteruskan.
_________________________
Sumbangan infaq TABUNG KILAT MAPIM MALAYSIA boleh disalurkan menerusi :
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016