PalestinSemasa

MAPIM kutuk sikap ‘double standard’ Amerika

Bangi – MAPIM melalui presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden MAPIM mengutuk dengan sekerasnya sikap terpilih (double standard) Amerika Syarikat. Hipokrasi yang ditunjukkan adalah pendirian yang jelas negara itu dalam menyokong keganasan Israel.

Amerika Syarikat yang tidak menyokong gencatan senjata kemanusiaan yang kekal di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mencerminkan double standard Amerika Syarikat apabila menyentuh mengenai perlindungan kepada Israel.

MAPIM mengutuk keras veto berulang-ulang AS terhadap resolusi gencatan senjata kekal di Gaza yang disokong lebih 100 negara.

Bencana kemanusiaan di Gaza telah diabaikan oleh Amerika Syarikat kecuali beberapa kata-kata kekhuatiran mengenai warga sivil Gaza.

Veto AS semalam menghantar mesej bahawa Israel boleh meneruskan operasi pembunuhan massal yang tidak terbatas di Gaza.

Bandingkan dengan kedudukan AS mengenai menuntut gencatan senjata untuk situasi kemanusiaan dalam perang Rusia dan Ukraine, senario yang sama di Gaza tidak digunakan oleh AS.

Amerika Syarikat memaparkan hipokrasi peringkat tertinggi apabila ia hanya, sepanjang masa, menurut kata-kata Israel mengenai hak mempertahankan diri.

Ia jelas bahawa Amerika Syarikat sepenuhnya menyokong agresi Israel walaupun ia secara terang-terangan melanggar setiap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, melakukan serangan genosid, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Amerika Syarikat jelas bersekongkol dengan keganasan barbarik Israel. Bukan sahaja Amerika Syarikat memberi lampu hijau kepada Israel melakukan pembunuhan massal di Gaza , serangan brutal yang berterusan dan keganasan oleh penduduk haram Yahudi di Tebing Barat.

Malah sebuah NGO Doktor Tanpa Sempadan (MSF) berkata bahawa Majlis Keselamatan PBB mesti “menghentikan pembantaian yang sedang berlangsung” di Gaza.

Dalam satu kenyataan, ia berkata Majlis Keselamatan Kesatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mesti menuntut gencatan senjata dan menamatkan pengepungan di Gaza.

“Tidak bertindak sekarang, untuk mengisytiharkan gencatan senjata total dan mengakhiri peperangan, tidak dapat dimaafkan,” kata Setiausaha Agung kumpulan itu, Christopher Lockyear.

Kini Amerika Syarikat berada dalam senarai pembunuh global di Gaza. Veto Amerika Syarikat mengesahkan kedudukan AS untuk memusnahkan Palestin dan kini AS merupakan simbol negara teroris anti-manusia yang menentang hak asasi manusia universal.

Amerika Syarikat menentang 13 negara dalam Majlis Keselamatan PBB dalam resolusi yang dicadangkan oleh UAE, disaran oleh Setiausaha Agung PBB dan disokong bersama oleh 55 negara anggota PBB. Malah UNRWA telah mengemukakan surat yang sangat keras agar Perhimpunan Agong PBB ( UNGA ) mengeluarkan keputusan menguatkuasakan gencatan senjata untuk kemanusiaan diluluskan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti berusaha secara agresif untuk mencapai keputusan penting segera menghentikan kegilaan kempen tentera Israel yang meneruskan tindakan barbariknya.

MAPIM mendesak OIC untuk menggunakan pengaruhnya menghentikan perang di Gaza dan membebaskan Palestin dari cengkaman Israel.

MAPIM menggesa komuniti dunia untuk membantah hipokrasi Amerika Syarikat.

 

Related Articles

Back to top button