Oleh: Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
Jerantut: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah melancarkan misi Jelajah Peduli Ummah di Jerantut bagi membantu asnaf yang memerlukan. Misi yang diketuai oleh Ustaz Fakhruddin Zainol itu berlangsung selama 2 hari iaitu pada 3 dan 4 Ogos 2022 di Mukim Tebing Tinggi Daerah Jerantut.
Sebanyak 300 kotak berisi bantuan makanan asas hasil sumbangan rakyat Malaysia telah diberikan kepada penduduk yang memerlukan sepanjang dua hari misi kemanusiaan ini berlangsung.
Pada Rabu 3 Ogos, misi kemanusiaan ini bermula dengan penyerahan kotak bantuan di Masjid Saidina Ali, Bukit Genting. Enam puluh lima kotak bantuan berjaya diagihkan kepada 65 keluarga yang hadir dalam majlis penyerahan tersebut. Turut serta dalam mengagihkan kotak-kotak bantuan daripada MAPIM Malaysia ialah Bendari MAPIM, Tuan Haji Faris Hussain diiringi Mejar Nik Aziz. Turut sama menyantuni penerima adalah Penasihat Syariah MAPIM Malaysia, Maulana Wan Helmi.
Misi diteruskan dengan lawatan ke rumah-rumah asnaf, warga emas dan pesakit kronik sekitar Kampung (Kg.) Bukit Genting dan Kg. Jeransang. Lawatan turut disertai Ketua Polis Balai Jerantut, Ins Mohamad Asfiani bin Ramdani, APM yang diwakili Kapten (PA) Muszaidi bin Musa, Penghulu Mukim Tebing Tinggi Tuan Zulkefly bin Zaadun Zabir.
Dalam satu temubual bersama Tuan Zulkefly, Penghulu Mukim Tebing Tinggi. Beliau mengharapkan agar lebih ramai pihak diluar sana memberi bantuan kepada penduduk kampung yang mana mereka ini hanya bekerja kampung dan majoriti yang berada di kampung itu adalah mereka yang dikategorikan sebagai warga emas. Tuan Zulkefly turut menyatakan hampir 63 peratus penduduk dikampung tersebut adalah miskin.
“Di dalam kampung ini kebanyakkannya adalah warga emas. Mereka sebelum ini rata-ratanya kerja kampung, adalah sedikit daripada mereka ini ada pencen tetapi berapa sangat pencen yang mereka perolehi. Jadi bantuan seperti ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka.
Saya berharap ada pihak di luar sana sudi membantu penduduk kampung disini. Kerana kebanyakkan warga emas disini mempunyai sakit kronik seperti strok. Bantuan makanan dan fasiliti kesihatan seperti kerusi roda atau katil amat diharapkan.”
Penyerahan kotak bantuan berjaya dibuat kepada penduduk kampung sekitar Kg. Simpang Tebing Tinggi, KG. Bukit Genting, Kg. Jeransang dan Kg. Sri Muda.
Hari kedua diteruskan dengan penyerahan kotak bantuan makanan di Kg. Bukit Nikmat. Penyerahan bermula dengan ziarah rumah ke rumah penduduk. Turut serta dalam lawatan ini adalah Puan Mariam yang merupakan Penolong Pegawai Penerangan Jabatan Komunikasi Jabatan Perdana Menteri, Tok 4 Kg. Bukit Nikmat Hilir dan Tok 4 Kg. Bukit Nikmat Utara.
Aktiviti penyerahan selepas zuhur diteruskan dengan majlis penutup dan penyerahan kotak bantuan di sekitar Masjid Tengku Abdullah Bukit Nikmat Jerantut. Sebanyak 90 kotak berjaya diagihkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.
————-
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038