DomestikSemasa

MAPIM hulur sumbangan kepada komuniti pelarian Afghanistan

AMPANG : Sebagai pelarian, mereka menghadapi kesusahan untuk mendapatkan pekerjaan, kesukaran bagi memberikan peluang pendidikan kepada anak-anak, dan kesempitan dalam mencari wang untuk sara hidup sekeluarga.

Jelas nasib masyarakat di negara ini tidak semuanya sama. Itulah cabaran yang perlu ditempuhi oleh pelarian Afghanistan untuk kelangsungan hidup sepanjang menetap di Malaysia.

Mendengar keluhan yang dihadapi oleh golongan tersebut, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyampaikan sumbangan berbentuk pek makanan kepada mereka.

Menurut Menurut Pegawai Tugas-Tugas Khas MAPIM, Leftenan Syahir Syahrumi, sebanyak 150 kotak makanan telah diagihkan kepada komuniti pelarian Afghanistan di Pusat Komuniti Afghan Nahel yang terletak di Ampang.

“Alhamdulillah hari ini MAPIM telah menyerahkan sumbangan pek makanan kepada komuniti pelarian Afghanistan, kami sedia maklum tentang keadaan kehidupan mereka yang hidup dalam keadaan daif ditambah pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mereka tidak mempunyai kerja.

“Niat kami adalah untuk membantu masyarakat seagama dan meringankan beban mereka dan dalam masa yang sama dapat mengukir senyuman kegembiraan pada wajah mereka,” katanya ketika ditemubual UmmahToday.

Dalam pada itu, UmmahToday juga sempat menemu bual wakil daripada Pusat Komuniti Nahel, Taher Attayee dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAPIM atas bantuan yang diberikan.

“Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pihak MAPIM kerana sudi datang memberikan menghulurkan sumbangan kepada komuniti kami.

“Kami harapkan pemberian bantuan ini mampu menyampaikan mesej kepada orang ramai akan kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh pelarian Afghanistan yang menetap di sini, di mana mereka mengalami kesukaran untuk mendapat pekerjaan, kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menjalani persekolahan,” katanya.

Sementara itu, Taher juga berharap pada masa akan datang ada sinar buat komuniti Afghanistan di sini dan hak mereka terpelihara dan dapat menjalani kehidupan seperti masyarakat biasa.

Untuk rekod, Pusat Komuniti Afghan Nahel menyediakan program pendidikan kepada anak-anak pelarian Afghanistan dan membimbing mereka untuk menjalani kehidupan di sini, memberikan sokongan moral dan mengajar mereka tentang budaya di Malaysia agar mereka faham dan memudahkan mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Kebanyakan mereka sampai ke sini dengan tangan kosong, tidak tahu arah tuju dan selok belok kehidupan di negara ini, jadi mereka memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada golongan pelarian tersebut.

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan oleh MAPIM dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh pelarian ini.

Oleh Hafeez Anuar

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button