Covid19Kemanusiaan
Trending

‘MAPIM Goes Digital’ – Guna Sistem Kod QR Pastikan Asnaf Terima Bantuan

Perkembangan dunia digital zaman ini tidak mengenal batasan di mana ia mula dimanfaatkan bukan saja dalam  komunikasi atau e-commerce, tapi juga dalam dunia aktivis kemanusiaan.

Yang terbaru Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam satu sidang media telah melancarkan sistem Asnaf Database Management System di mana MAPIM mengguna pakai sistem atas talian (cloud based system) bukan sahaja untuk merekod data pemohon bantuan tetapi juga rekod pengesahan bantuan telah diterima.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia Dr. Ahmad Sani Dato’ Abdul Alim Araby sistem ini membolehkan pengagihan direkod dengan lebih sistematik di mana setiap bantuan yang diserahkan mempunyai kod QR tersendiri untuk diimbas dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon mudah alih apabila ianya sampai ke tangan penerima. Kesemua rekod disimpan secara atas talian (cloud based system)  termasuklah foto penerima bantuan bersama maklumat lokasi dan waktu penyerahan.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan adalah Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang melawat Ummah Central Warehouse (UCW) iaitu pusat operasi atau command center bagi tujuan penyelarasan gerak kerja MAPIM.

Ujar beliau dalam satu temubual, usaha MAPIM ini adalah sesuatu yang wajar diberi perhatian kerana ianya dapat memastikan bantuan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Nampaknya sistem yang dibangunkan MAPIM ini ada keberkesanan, mempunyai tujuan dan dilihat efektif dalam mengagihkan bantuan di seluruh Malaysia dengan adanya sistem teknologi terkini dan penggunaan kod bar. Secara peribadi, saya amat tertarik dengan sistem ini kerana ciri-cirinya yang paling utama adalah tidak ada ketirisan penerima dan cara penghantaran yang sangat efektif.

– Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof

Terdahulu MAPIM mengumumkan usahanya dalam menyampaikan pek makanan kepada sasaran sebanyak 100,000 keluarga di bawah kategori B40 dan komuniti berstatus pelarian di seluruh tanah air. Kotak makanan asas yang mengandungi 9 hingga 13 barangan seperti beras, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan lain-lain disediakan sebelum diagihkan melalui kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Hasil daripada sumbangan individu, syarikat korporat, dan NGO, kini kotak makanan tersebut telah mula diagihkan ke 10,000 buah keluarga di 9 buah negeri secara berperingkat. 

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dibawa melihat stok barangan bantuan makanan asas yang sedang diproses untuk pembungkusan mengikut tiga kategori. Kategori A disediakan bagi keluarga yang mempunyai ahli yang ramai, kategori B untuk keluarga sederhana dan kategori C untuk keluarga kecil.

Walaupun perkembangan semasa yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan keadaan yang semakin baik, MAPIM Malaysia memandang serius akan situasi yang mencengkam hidup golongan yang kurang berkemampuan sekiranya PKP akan dilanjutkan dengan tempoh yang lebih lama. Justeru MAPIM Malaysia menyeru orang ramai yang prihatin untuk terus peka dan mencari peluang untuk berkongsi rezeki dalam meringankan beban hidup masyarakat sekeliling.

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk bekalan bantuan makanan selama sebulan sempena Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi. Sumbangan boleh dibuat melalui:

Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Atau menghubungi talian Hotline MAPIM Malaysia menerusi 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button