BanjirDomestikSemasa

Mangsa banjir semakin surut di Johor

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus surut apabila seramai 3,161 orang daripada 913 keluarga masih ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi ini.

Berbanding jam 8 malam tadi, seramai 3,401 mangsa daripada 969 keluarga di 43 PPS seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata Segamat semakin pulih apabila kini seramai 1,246 orang daripada 336 keluarga ditempatkan di 19 PPS, berbanding 1,448 mangsa daripada 383 keluarga di 22 PPS, malam tadi.

“Dua daerah yang turut mencatatkan penurunan adalah Tangkak iaitu 678 orang daripada 206 keluarga di sembilan PPS, pagi ini, berbanding 682 orang daripada 207 keluarga di sembilan PPS, malam tadi manakala Muar turut berkurangan kepada 1,107 mangsa daripada 337 keluarga di 10 PPS, pagi ini, berbanding 1,141 mangsa daripada 345 keluarga di 10 PPS, malam tadi.

“Seramai 130 jumlah mangsa Batu Pahat masih kekal daripada 34 keluarga, ditempatkan di dua PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, tiga PPS yang ditutup meliputi Balairaya Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Mensudut Lama, Surau Al Muhtadeen dan Dewan Serbaguna Kampung Paya Besar, di Segamat.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button