BanjirSemasa

Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 75 orang

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

ALOR SETAR: Setakat jam 2 petang, bilangan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah, turun daripada 95 kepada 75 orang.

Menurut Mejar Kedah (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), satu PPS di Kubang Pasu ditutup sepenuhnya pada jam 1:15 tengah hari.

“PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai sejak 26 Oktober lalu ditutup sepenuhnya selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah selesai operasi pembersihan,” menurut kenyataan yang dikeluarkannya hari ini.

 “Sejak dibuka Jumaat lalu, terdapat satu PPS sahaja yang masih beroperasi di kawasan Kota Setar iaitu di SK Suka Menanti yang menempatkan 75 individu daripada 25 keluarga.”

Paras air di tiga sungai di kawasan itu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, masih berada paras normal walaupun keadaan di Kota Setar hujan setakat ini. 

MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button