Semasa

Lelaki ditahan untuk siasatan kes bunuh kakitangan IKRAM

Ditahan malam tadi di Kajang

PETALING JAYA 9 Mac : Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh membabitkan  seorang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia di sebuah rumah di Kajang semalam.

Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan 8.45 malam di sekitar Kajang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui hubungan antara suspek dan mangsa.

Menurutnya, suspek direman selama enam hari bermula hari ini hingga 9 Mac ini membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita akan memohon reman suspek bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”

Semalam, mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah rumah dengan kesan jerut dileher.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan telah mengesahkan mangsa merupakan Nik Khatijah Nik Mud.

Nik Khatijah dipercayai telah  mati lebih daripada 24 jam sebelum ditemui.-UTUSAN

 

 

Related Articles

Back to top button