Manga banjir menurun secara keseluruhan di lima negeri

KUALA LUMPUR : Jumlah mangsa banjir secara keseluruhan menurun kepada paras terendah iaitu 27, 254 orang, menurun daripada 33,815 orang di lima negeri semalam.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 8,220 keluarga kekal di 182 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.
Mereka yang terbabit adalah lelaki dewasa (9,502), wanita dewasa (9,182), kanak-kanak lelaki (3,915), kanak-kanak perempuan (3,858), bayi lelaki (389), bayi perempuan (408), warga emas lelaki (985), warga emas wanita (1001), orang kurang upaya (OKU) lelaki (120) dan OKU wanita (93).
Di Kelantan sahaja, seramai 378 mangsa daripada 127 keluarga di PPS manakala di Selangor pula ialah 10,259 daripada 2,932 keluarga.
Pahang pula adalah 16,504 mangsa daripada 5,125 keluarga, Melaka; 29 daripada sembilan keluarga serta Negeri Sembilan; 84 daripada 27 keluarga.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatiihah wartawan pelatih UiTM