Covid19DuniaSemasa

Malaysia iktiraf sijil vaksinasi Vietnam

Kuala Lumpur: Pada Ogos lalu, Vietnam telah mengiktiraf sijil vaksinasi Malaysia dan secara timbal balas, Malaysia bersetuju untuk melakukan tindakan yang sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pertemuan di Vietnam, Pham Minh Chinh disertai oleh pihaknya melakukan pertemuan dengan rakan sejawatnya melalui lawatan ke negara itu sejak Ahad lalu.

Mengulas lanjut, katanya, kedua-dua negara juga bersetuju mengadakan integrasi aplikasi MySejahtera Malaysia bersama PC COVID Vietnam.

“Vietnam sudah membuka sempadan antarabangsa mereka pada 15 Mac, manakala Malaysia juga membuat keputusan untuk membuka sempadan Malaysia dan beralih kepada fasa endemik bermula 1 April ini.

“Justeru, saya mengutarakan beberapa inisiatif kerjasama baharu di samping meningkatkan kerjasama sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

“Dalam aspek vaksinasi, Malaysia bersetuju mengiktiraf sijil vaksinasi dari Vietnam bukan sahaja berdasarkan kepada amalan timbal balas, tetapi mengambil kira yang negara itu turut menggunakan jenis vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya dalam nota percakapan sidang media sempena lawatan rasmi ke Vietnam.

Perdana Menteri ke Vietnam ini merupakan Lawatan rasmi sejak Ahad lalu, menunjukkan kepentingan hubungan dua negara jiran dan rakan kongsi dalam ASEAN, tambahan pula, kedua-dia negara bakal menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatic pada 2023.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, untuk memperingati ulang tahun itu, beliau mencadangkan pertukaran lawatan peringkat tertinggi negara itu, yang akan dimulai lawatan negara Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc ke Malaysia dalam tahun ini.

“Dalam usaha untuk meningkatkan Perkongsian Strategik Malaysia–Vietnam, saya menggariskan pendekatan yang menyeluruh dalam hubungan antara kedua-dua negara, baik di peringkat kerajaan mahupun di peringkat masyarakat perniagaan, serta juga hubungan rakyat dengan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Vietnam sangat komited untuk terus melaksanakan kerjasama yang terangkum dan komprehensif di bawah Pelan Tindakan (POA) 2021 hingga 2025 Pelaksanaan Perkongsian Strategik Malaysia dan Vietnam.

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button