PUTRAJAYA: Malaysia menggesa negara-negara anggota Non-Aligned Movement atau Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) untuk terus bersatu dalam mempertahankan pendirian berprinsip NAM mengenai Palestin, serta mengecam kekejaman dan dasar aparteid rejim israel.
Ini adalah antara isu dibangkitkan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan Malaysia pada Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Menteri NAM Mengenai Palestin yang diadakan di Baku, Azerbaijan pada Rabu, menurut kenyataan Kementerian Luar.
Malaysia turut menzahirkan kebimbangan terhadap situasi semasa di Palestin, sehingga menyebabkan kehilangan nyawa orang ramai termasuk wanita dan kanak-kanak serta kemusnahan bangunan dan infrastruktur secara berterusan.
lsraeli occupation forces invade houses in Jenin, terrorizing its residents. pic.twitter.com/CDO1g72R8o
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) July 4, 2023
“Ia juga mengecam jumlah peningkatan penempatan haram di Palestin dan tindakan rejim israel yang memperlekehkan undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang kemanusiaan serta hak asasi manusia”, menurut kenyataan itu.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Azerbaijan dan dihadiri oleh 15 negara anggota NAM yang merupakan anggota Jawatankuasa NAM Mengenai Palestin.
Menurut kenyataan itu, Malaysia mengesali insiden terkini di Jenin yang melibatkan pembunuhan rakyat awam Palestin oleh rejim israel.
The 12 Palestinians killed during the lsraeli aggression on Jenin camp. With this, the number of the Palestinians killed by the lsraeli occupation forces since the beginning of 2023 rises to 196. pic.twitter.com/guLtuW09um
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) July 5, 2023
Selain itu, ia turut mengkritik sikap pilih kasih negara-negara Barat yang kerap mengecam konflik di negara-negara lain tetapi melindungi rejim israel daripada bertanggungjawab ke atas tindakan penindasan terhadap warga Palestin.
“Pendirian Malaysia masih kekal sama iaitu memperakui hak Palestin dan rakyatnya untuk memiliki negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat sama seperti negara merdeka yang lain di dunia“, tegas kenyataan itu.
BACA JUGA
Pembantaian Jenin: Sejarah berulang, serangan terkutuk di kem pelarian Palestin