WASHINGTON 25 Mac : Buat pertama kali dalam sejarah kerajaan Amerika Syarikat (AS), Senat AS sebulat suara melantik transgender atau mak nyah dalam jawatan tertinggi iaitu sebagai Pembantu Setiausaha Kesihatan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
Ahli pediatrik, Rachel Levine merupakan transgender atau mak nyah pertama yang mendapat tempat tertinggi dalam kerajaan persekutuan Amerika Syarikat.
Levine yang sedang mengetuai Jabatan Kesihatan Pennsylvania, dilantik secara rasmi pada Januari lalu memegang jawatan persekutuan. Lantikan ini adalah julung kalinya melibatkan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender, pelik (LGBTQ).
Lantikan berani ini sangat bercanggah dengan pegangan bekas presiden AS terdahulu, Donald trump yang mendiskriminasi golongan LGBTQ. Dilaporkan, seramai 52 ahli Dewan Senat menyokong dan 48 menentang pelantikan Levine, turut memberi sokongan dua wakil Parti Republikan menyertai Demokrat.
Secara tidak langsung, Levine selaku pembantu Setiausaha Jabatan Kesihatan dan Khidmat Kemanusiaan akan turut bersama kerajaan AS mengendalikan dan menerajui pasukan bagi mengekang pandemik koronavirus di AS.
Persoalannya, apakah ada udang di sebalik batu dalam perlantikan Levine dalam kerajaan Amerika Syarikat? Adakah ini langkah awal Biden untuk menormalisasikan komuniti LGBTQ dalam kalangan masyarakat AS.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran Nurshazlin Shahrom.