Majlis Sambutan Maulidur Rasul & Karnival Belia Meriah di Masjid Al-Muqarrabin
MAIWP-MAPIM hadir dengan khidmat Mobile Clinic
Kuala Lumpur – Dalam satu acara penuh semangat dan kegembiraan, Masjid Al-Muqarrabin telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul & Karnival Belia yang gemilang pada hari Sabtu, 30 September 2023. Acara ini merupakan satu lagi usaha untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat setempat dan memeriahkan sambutan Maulidur Rasul.
Program bermula dengan perarakan Maulidur Rasul yang menarik perhatian ramai dari masjid dan surau berdekatan. Sebanyak 11 kontinjen dari Masjid dan Surau Zon 5, serta KRT Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasik Selatan turut serta dalam perarakan yang meriah ini. Perarakan tersebut menjadi simbolik cinta terhadap Nabi Allah SWT dan juga semangat perpaduan serta kasih sayang dalam kalangan warga komuniti.
Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar juga hadir memberikan ceramah berkaitan arti Maulidur Rasul dan pentingnya mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW.
Selepas itu, para hadirin turut diberi peluang untuk bersembang santai bersama Ustaz Hanafian Abd Malik, yang berkongsi pandangan dan pemikiran mengenai nilai-nilai Islami yang relevan dalam dunia moden.
Satu program kesihatan yang bernilai tinggi, Program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM, turut diadakan dalam majlis ini. Program ini memberikan saringan kesihatan secara percuma kepada mereka yang hadir, membantu masyarakat untuk menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik.
Saya sangat teruja dengan idea untuk memberikan khidmat klinik bergerak ni dan tambah pula ianya percuma. Dari sudut fasiliti dan khidmat Doktor, semuanya terbaik. Ubat-ubatan semuanya lengkap dan berkualiti.
Aktiviti-aktiviti belia turut diberi penekanan dalam karnival ini, termasuk pertandingan mewarna, azan, memanah, gubahan, sepak raga, dan dam aji. Ini adalah peluang yang baik bagi generasi muda untuk menunjukkan bakat mereka dalam pelbagai bidang.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul & Karnival Belia di Masjid Al-Muqarrabin adalah bukti kekuatan komuniti dan semangat kebersamaan dalam merayakan hari besar dalam agama Islam. Semoga acara seperti ini terus diadakan untuk mempereratkan ikatan di kalangan masyarakat tempatan dan memperkukuhkan nilai-nilai keagamaan dalam masyarakat kita.