Oleh Muhammad Fazli Othman, Aktivis kemanusiaan @ Taskforce MAPIM
KUALA LUMPUR : Mobile Clinic yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) masih diteruskan dan lokasi terkini adalah di PPR Raya Permai, Sungai Besi dan akan berlangsung selama dua hari.
Program ini bukan sahaja memberi khidmat konsultasi kesihatan secara percuma, malahan pemberian ubatan juga adalah percuma bagi membantu meringankan beban masyarakat.
Program yang bermula pada jam 10 pagi hingga 3 petang ini telah menyantuni hampir 50 orang pesakit pada hari pertama dan dianggarkan lebih 50 orang pesakit lagi yang akan dirawat pada keesokan hari.
Kebanyakan pesakit di sini sangat berpuas hati dengan layanan serta perkhidmatan yang disediakan di dalam mobiliti Mobile Clinic ini.
“Layanan doktor sangat mesra dan baik di samping fasiliti di dalam bas double-decker ini juga sangat cantik dan selesa. Terima kasih MAIWP-MAPIM”, kata salah seorang pesakit, Chang Ang An,43.
Perkhidmatan klinik bergerak ini sangat dekat dengan masyarakat awam kerana klinik ini diadakan berhampiran dengan perumahan awam. Jadi, usaha ini amat membantu penduduk yang kurang berkemampuan kerana dapat menjimatkan kos perjalanan dan masa, lebih-lebih lagi semuanya adalah percuma.
MAIWP-MAPIM Mobile Clinic akan terus bergerak setiap minggu di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu lebih ramai lagi ummah yang memerlukan tidak kira bangsa dan kaum.
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038