PalestinSemasa

Mahkamah halau keluarga Palestin, beri ruang kepada yahudi

BAITULMUQADDIS: Rejim dan peneroka haram israel telah mengusir sebuah keluarga Palestin dari rumah mereka di Kota Lama Baitulmaqdis yang mereka cerobohi berdasarkan perintah mahkamah israel.

Perintah itu memaksa keluarga yang telah tinggal di rumah mereka selama 70 tahun disingkirkan supaya peneroka boleh mengambil alih.

Menurut Al Jazeera, sejurus selepas subuh pada hari Selasa, berpuluh-puluh pegawai polis dan separa tentera israel menyerbu keluarga Ghaith-Sub Laban di Baitulmaqdis Timur dan memaksa mereka keluar sebelum peneroka berpindah masuk.

“Mereka tidak mempunyai hak untuk mengusir saya dari rumah ini. Mereka adalah perompak dan mereka mencuri segala-galanya daripada kami. Mereka mencuri rumah, tanah dan orang kami”.

“Air mata saya dan semua tangisan saya hanyalah kesedihan kerana kehilangan rumah saya, saya berpisah dengan seluruh hidup saya dan semua kenangan saya yang ada di rumah ini. Tetapi saya tidak lemah,” kata Nora Abu Laban, 68.

Kredit foto: Twitter @hamdahsalhut

Dalam video yang dikongsi oleh wartawan tempatan, Ahmad Sub Laban dilihat membawa pokok kecil keluar dari rumahnya.

Dia dilaporkan memberitahu media tempatan bahawa pokok itu seusia anak lelakinya yang berusia 17 tahun dan ia adalah satu-satunya perkara yang diminta keluarga itu untuk dibawa bersama mereka sebagai kenang-kenangan rumah itu.

Keluarga Ghaith-Sub Laban telah menyewa rumah itu sejak 1953 dan telah diberikan hak pajakan yang dilindungi tetapi telah menghadapi pertempuran undang-undang yang selama 45 tahun di mahkamah israel.

Kredit foto: Twitter @hamdahsalhut

Masyarakat sivil dan kumpulan hak asasi manusia Palestin mengeluarkan kenyataan lewat bulan lalu yang mengecam usaha israel untuk memindahkan keluarga itu, yang mereka katakan sebagai ‘pemindahan secara paksa’, yang merupakan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di bawah Statut Rom.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button