PalestinSemasa

Maher Younis bebas selepas 40 tahun jadi tahanan israel

RAMALLAH: Selepas menjalani 40 tahun di penjara kerana menentang penjajahan israel, pejuang kemerdekaan Maher Younis, banduan paling lama berkhidmat di dunia, akhirnya bebas dan pulang ke rumahnya, menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

Maher Younis, 62, tiba awal di rumahnya di bandar Arab Ara, walaupun terdapat penempatan pasukan polis israel yang besar di sekitar rumah keluarganya untuk menghalang sebarang perayaan pembebasannya.

Namun, terdapat sejumlah besar orang ramai yang sampai ke rumahnya bagi menyambutnya pulang.

Younis berusia 22 tahun ketika dia ditangkap di kampung halamannya dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 18 Januari 1983 kemudian diubah menjadi 40 tahun.

Sepupunya, Karim Younis, juga dibebaskan dua minggu lebih awal selepas menjalani hukuman penjara selama 40 tahun, menjadikan dua anggota Younis itu pejuang kemerdekaan paling lama berkhidmat di dunia.

Selepas dibebaskan, Maher menziarahi kubur bapanya, yang meninggal dunia pada 2008. Ibunya menyambutnya dengan tangisan air mata kerana sudah 40 tahun tidak bertemu setelah dia ditangkap oleh zionis israel.

Kira-kira 4,700 rakyat Palestin ditahan di penjara israel, termasuk 150 kanak-kanak dan 835 orang ditahan tanpa perbicaraan atau tuduhan.

BACA JUGA
Hak untuk hidup rakyat Syria dicabuli Amerika – Wang Wenbin

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button