DuniaSemasaTravelog

Madinah paling selamat untuk pengembara wanita

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

RIYADH : Kota suci Madinah telah disenaraikan pada kedudukan pertama sebagai bandar paling selamat kepada orang ramai terutamanya kepada wanita yang mengembara secara solo.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh InsureMyTrip, 84% pengembara solo adalah kaum wanita.

Untuk memenuhi keperluan mereka, kajian telah dilakukan bagi mengenalpasti tempat paling selamat untuk dikunjungi oleh golongan wanita.

Mengikut kajian, Madinah didapati memenuhi kriteria bandar paling selamat untuk pengembara wanita solo dengan mencapai skor markah penuh iaitu 10.

Selain itu, faktor utama Madinah mendapat kedudukan yang tertinggi kerana tiada serangan berdasarkan jantina dan selamat untuk berjalan bersendirian pada waktu malam.

Sementara itu, bandar kedua paling selamat dengan skor 9.06 diduduki oleh Chiang Mai, Thailand, diikuti Dubai (9.04), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kyoto,Jepun (9.02) dan Macau, China (8.75).

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button