Semasa

Lori tangki muatan diesel terbakar

TEMERLOH : Insiden kebocoran bahan api berpunca daripada lori tangki diesel yang terbakar di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 ke arah barat di Kilometer135.8 Isnin lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Penolong Penguasa Bomba,  Temerloh, Syed Mohsen T Ismail, menyatakan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.58 petang.

Menurutnya, tujuh anggota dari BBP Temerloh dan dua lagi dari BBP Bukit Angin terlibat dalam operasi itu dengan jentera pemadam, ambulan dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta tangki air.

“Dua aliran saluran tambahan serta aliran satu gelung dari pam bomba digunakan untuk memadamkan dan mengawal kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan pada hari Isnin.

Beliau mengatakan bahawa sebelum tangki air dari Bukit Angin tiba, jentera mengambil bekalan air dari pili bomba di hentian rehat dan rawat (R&R).

Menurutnya, 80 peratus sasaran musnah, dan operasi selesai sekitar jam 4.52 petang.

“Punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button