BANDAR GAZA: Masalah kekurangan bahan api dan tidak keupayaan untuk mengimportnya telah memaksa loji jana kuasa tunggal di Gaza ditutup pada Sabtu.
Menurut laporan Quds News Network, pihak berkuasa tenaga wilayah itu memaklumkan bahawa 500 megawatt diperlukan bagi memenuhi keperluan elektrik bandar tersebut.
Gaza’s sole power plant will cease operations at 12 noon on Saturday due to lack of fuel sources, leaving residents with 4 hours of electricity a day in a sweltering summer as Israeli bombardment of the coastal enclave continues.#GazaUnderAttack
More: https://t.co/mL8mstSSpg pic.twitter.com/Yl0TKqH32Y
— Quds News Network (@QudsNen) August 6, 2022
“Hanya 120 megawatt tersedia di Gaza ketika ini yang diimport terus dari Israel, perkhidmatan elektrik akan tersedia hanya selama empat jam,” katanya.
Lintasan Karam Abu Salem yang merupakan satu-satunya laluan komersial Gaza telah ditutup oleh Israel, sebagai sebahagian daripada sekatan di kala ketegangan dengan kumpulan pejuang Jihad Islam.
The closure of the Beit Hanoun and Karam Abu Salem commercial crossings continues for the second day. pic.twitter.com/v84quM1tBz
— Palestine News 24/7 (@PaliNewsBot) August 3, 2022
Pada Jumaat, pesawat perang Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza dengan mendakwa “ancaman serangan yang akan berlaku” oleh kumpulan Jihad Islam.
Angka korban serangan Israel di Palestin meningkat kepada 25 pada hari kedua dalam serangan yang menyasarkan kumpulan pejuang Jihad Islam yang berpangkalan di Gaza.
Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan antara yang maut dalam serangan tersebut termasuk enam kanak-kanak.
Menurut data agensi kemanusiaan PBB OCHA, 2.3 juta penduduk Gaza mengalami kekurangan bekalan elektrik biasa dan minggu lalu mereka hanya menerima purata 10 jam elektrik sehari.
Gaza's 2.3 million residents experience regular power shortages and last week received an average of only 10 hours of electricity a day, according to data from the UN's humanitarian agency Ocha.
https://t.co/cTytcxvviN— Aoude (@AoudeA) August 6, 2022
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia