DuniaSemasa

Lima maut pelantar minyak terbakar di Mexico

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform media sosial: https://linktr.ee/UmmahToday

MEXICO : Kira-kira lima orang maut, enam cedera dan dua orang masih hilang dalam insiden kebakaran pelantar minyak dikendalikan oleh syarikat minyak dan gas Mexico, Pemex.

Menurut Ketua Pemex, Octavio Romero berkata, salah seorang mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal.

Berdasarkan kenyataan Pemex, kebakaran itu menjadi punca penangguhan lebih 100 telaga minyak yang bergantung kepada platform bagi bekalan elektrik dan gas asli.

Insiden itu dilaporkan berlaku Ahad lalu di Teluk Campeche di selatan Teluk Mexico ketika kerja-kerja penyelenggaran dijalankan.

“Operasi mencari mangsa hilang masih diteruskan,” katanya.

Tambah Romero, kerugian pengeluaran didapati mencecah 425,000 tong sehari ekoran 125 telaga minyak terpaksa diberhentikan buat sementara waktu.

AFP

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button