Dunia

Lima ahli keluarga terbunuh dalam serangan udara di Syria

IDLIB : Sekurang-kurangnya lima ahli keluarga terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Rusia di barat laut Syria, menurut seorang saksi dan Pertahanan Awam Syria.

Menurut laporan Anadolu, sebuah pesawat perang jenis Su-34 Rusia melancarkan tiga serangan udara di sebuah ladang ayam berhampiran pusat bandar Idlib.

Pesawat perang Rusia juga melakukan serangan udara di kawasan di kem pelarian tertumpu di bandar Ma’arrat Misrin, juga di wilayah Idlib utara, menurut pemerhati.

Pada Mei 2017, Turki, Rusia dan Iran mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk mewujudkan zon de-eskalasi di Idlib, sebagai sebahagian daripada mesyuarat Astana yang berkaitan dengan krisis Syria.

Kerajaan Syria telah berjanji untuk memulihkan kawalan ke atas wilayah yang hilang semasa konflik 10 tahun, yang bermula pada Mac 2011.

Sepanjang 10 tahun yang lalu, sejak pemberontakan Syria pada 2011 yang memuncak menjadi perang yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, berjuta-juta terpaksa meninggalkan rumah mereka, dan infrastruktur negara itu musnah.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

================

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria.

DUA CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)

1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan  Menerusi Maybank SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)

Akaun No : 562834636987

Related Articles

Back to top button