Lelaki warga Palestin ditembak mati ketika livestreaming
Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
JENIN: Seorang rakyat Palestin terbunuh dan 16 orang lagi cedera pada Selasa semasa tentera Israel menceroboh masuk Jenin di Tebing Barat yang diduduki, lapor kementerian kesihatan Palestin.
A photo of Palestinian martyr Mohammad Musa Sabaaneh after he was shot dead by Israeli occupation forces during the attack last night on Jenin, north of the occupied West Bank. pic.twitter.com/WDTqIONQSq
— Mahmoud Qaddoha (@MahQaddoha) September 6, 2022
“Angkara pencerobohan Israel ke atas Jenin pada subuh hari ini, seorang telah syahid manakala 16 orang cedera akibat tembakan tentera Israel” ujar kementerian itu.
Agensi berita rasmi Palestin, Wafa mengatakan lelaki yang syahid itu dikenali sebagai Mohammed Musa Mohammed Sabaneh, 29 tahun.
Mohammed Sabaneh didakwa terbunuh ketika sedang melakukan livestreaming di aplikasi Tiktok tentang pencerobohan rejim Zionis.
Watch: The moment the slain Palestinian youth Mohammad Sabaaneh, 29, was shot dead by an Israeli bullet while was documenting an Israeli military raid on of Jenin, with more than 15,000 people watching. pic.twitter.com/tQZNzjNL8H
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) September 6, 2022
Berdasarkan laporan yang dibuat Aljazeera, berpuluh-puluh jip tentera Israel telah menyerbu masuk rumah Jenin pada tengah malam hari Selasa.
Penembak tepat Israel telah menyekat jalan dan bersedia di atas bumbung rumah dan masjid. Mereka juga telah meletupkan flat Hazem.
Aljazeera turut melaporkan bahawa di kawasan al-Madaris timur bandar itu, tentera telah menyerbu sebuah kediaman keluarga Raed Hazem yang didakwa melakukan tembakan di Tel Aviv pada April lalu sehingga mengorbankan 3 orang.
Hazem dibunuh oleh pihak Polis Israel ditempat kejadian. Israel kerap melakukan perobohan hukuman terhadap rumah penduduk Palestin yang telah melakukan serangan terhadap warga Israel. Pertubuhan hak asasi manusia dan pelapor khas PBB telah memanggil amalan itu sebagai ‘hukuman kolektif’.