ISTANBUL : Seorang lelaki Turki yang menetap di Jerman mengayuh basikalnya di pelbagai tempat di dunia sejak 2020 untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman perkauman dan Islamofobia.
Recai Karaca Pak, 47, tiba di Turki pada minggu keenam dalam perjalanannya sejak Ogos tahun lalu, selepas melawat wilayah di Turki selama setahun akhirnya Pak datang ke Istanbul.
Bercakap kepada Anadolu Agency mengenai perjalanan panjangnya, Pak berkata terdapat kempen media fitnah terhadap umat Islam dan Turki di Eropah.
“Keadaan ini membuka pintu kepada perkauman. Saya mengayuh basikal keliling dunia untuk meningkatkan kesedaran dan bertolak dari Eropah ke Turki. Saya mengembara ke banyak negara Eropah dan memberitahu orang ramai bahawa propaganda terhadap umat Islam adalah salah,” katanya.
“Orang Eropah sedar bahawa orang Islam tidak menentang mereka. Mereka mempunyai hubungan persaudaraan dengan orang Islam. Tetapi mereka yang tidak mengenali orang Islam menjauhkan diri kerana propaganda media,” jelasnya sambil menambah: “Saya mahu menunjukkan sifat kemanusiaan dan watak kita kepada mereka yang tidak mengenali kita.”
“Umat Islam menghadapi menghadapi kesukaran untuk mencari pekerjaan atau menyewa apartmen di kebanyakan tempat. Masjid kita menghadapi lebih 400 serangan setahun.
“Penyelesaiannya adalah dengan memperkenalkan dan menyatakan diri kami,” kata Pak, sambil menyatakan bahawa dia ingin memaklumkan kepada seluruh dunia tentang menjadi orang Turki, serta tentang budaya Turki dan sejauh mana perkauman terhadap orang Turki dan orang Islam.
Dia turut memberitahu bahawa dia akan berangkat ke Mongolia dari Turki dengan menaiki kapal terbang dan kemudian kembali ke Turki dengan basikalnya.
Pak bercadang untuk mengembara hampir 14,000 kilometer (8,700 batu) dengan berbasikal ke tempat nenek moyang dan meletakkan simbol menentang semua jenis perkauman di mana sahaja dia pergi.
-ANADOLU AGENCY
Oleh Hafeez Anuar