JILJILYA : Seorang lelaki Palestin berusia 80 tahun telah ditemui mati selepas ditahan dan digari dalam serbuan Israel di sebuah kampung di Tebing Barat yang diduduki.
Mayat Omar Abdalmajeed Asad ditemui di Jiljilya pada awal pagi dalam keadaan diikat dengan plastik pada pergelangan tangan, kata penduduk kampung pada Rabu.
Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka telah melakukan serbuan di kampung itu.
Ia berkata dia masih hidup ketika tentera membebaskannya dan tentera telah melancarkan siasatan ke atas perkara itu.
Ketua majlis kampung Jiljilya Fouad Qattoum berkata Asad pulang ke rumah selepas melawat saudara-mara apabila tentera Israel memberhentikan keretanya, mengikat, menutup matanya, dan membawa ke sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.
Seorang lagi penduduk kampung berkata dia melihat askar Israel mengambil Asad pada sekitar jam 3 pagi.
Lebih sejam selepas tentera beredar, penduduk kampung menemui mayat Asad di dalam bangunan tersebut.
Menurut penjual sayur Mamdouh Elaboud, dia sendiri ditahan selama 20 minit, kemudian dibebaskan.
Islam Abu Zaher, seorang doktor tempatan yang berkata dia telah cuba membantu Asad tetapi tidak berjaya, dan tiada tanda-tanda kecederaan dan punca kematiannya tidak jelas.
“Kemungkinan dia mengalami serangan jantung atau serangan panik,” kata Abu Zaher sambil menyatakan bahawa Asad sebelum ini telah menjalani pembedahan jantung.
-TRT World