DuniaPalestin

Lelaki Palestin maut akibat kecederaan teruk selepas diserang tentera Israel

Seorang lelaki Palestin meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat ditembak oleh zionis Israel dalam satu pertempuran pada 1 Mac lalu, menurut agensi berita Palestin Wafa.

Ahmed Seif, 23, ditembak di bahagian perut tiga kali semasa pertempuran dengan tentera Israel di kampung Burqa, dekat Nablus, di Tebing Barat yang diduduki minggu lalu.

Dia dikejarkan ke hospital di Nablus, namun disahkan telah meninggal dunia pada pagi Rabu (9 Mac).

Pertempuran telah meletus minggu lalu di Burqa selepas tunjuk perasaan menyokong tahanan Palestin, lapor Wafa.

Tentera Israel dalam satu kenyataan menuduh bahawa “perusuh membakar tayar dan membaling batu” ke arah tentera semasa peristiwa itu.

Israel menambah bahawa tenteranya “membalas dengan tembakan langsung” selepas “salah seorang perusuh melemparkan bom molotov ke arah tentera.”

Kematian Seif adalah yang terbaru dalam rentetan pertempuran yang menyaksikan sekurang-kurangnya 10 lagi rakyat Palestin terbunuh sejak 8 Februari lalu.

Pada Ahad, Yamen Jafal yang berusia 16 tahun ditembak mati oleh tentera Israel berhampiran bandar Abu Dis, selepas dia cuba mempertahankan diri dari diserang tentera Israel.

Pada hari yang sama, Karim Jamal al-Qawasmi yang berusia 19 tahun terbunuh selepas menikam dan mencederakan seorang pegawai polis di Pintu Bab Huta di Kota Lama Baitulmaqdis.

Untuk rekod, kira-kira 475,000 penceroboh Yahudi tinggal di Tebing Barat, di penempatan haram di bawah undang-undang antarabangsa.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button