Covid19DuniaSemasa

Lebih 800 peserta Festival Awa Odori dijangkiti Covid-19

TOKYO : Lebih 800 kes positif Covid-19 direkodkan melibatkan penari dan peserta yang mengambil bahagian dalam Festival Awa Odori, festival tarian pertengahan musim panas yang popular di barat Jepun.

Menurut laporan Badan Penyiaran Jepun (NHK), festival tersebut yang diadakan di bandar Tokushima merupakan sejenis tarian penganut agama Buddha.

Keputusan ujian Covid-19 melibatkan 123 kumpulan tarian yang mengambil bahagian dalam perayaan tahun ini telah dilaporkan selepas mesyuarat jawatankuasa penganjur pada Khamis lalu.

Kaji selidik menunjukkan seramai 819 penari disahkan dijangkiti Covid-19 antara 11 hingga 25 Ogos lalu, termasuk semasa tempoh perayaan.

Daripada 86 kumpulan itu, seramai 3,425 orang dianggarkan mengambil bahagian dalam festival tersebut. Ini bermakna kira-kira satu perempat daripada ahli kumpulan itu positif Covid-19.

Buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun, ia berlangsung pada skala penuh dengan kumpulan penari profesional melakukan persembahan serta dihadiri ramai pelancong dari luar wilayah Tokushima untuk menyertai perarakan.

Dalam mesyuarat jawatankuasa itu, beberapa ahli panel mengemukakan soalan mengenai penguatkuasaan protokol Covid-19 semasa festival dan meminta kajian yang lebih terperinci untuk mempersiapkan acara itu pada tahun hadapan dan seterusnya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button