DuniaKemanusiaanKesihatanPalestinSemasa

Lebih 64,000 Kanak-Kanak Gaza Terima Vaksin Polio dalam Kempen Vaksinasi WHO

GAZA – Lebih 64,000 kanak-kanak di Gaza telah menerima dos vaksin polio, manakala 51,000 kanak-kanak menerima dos vitamin A dalam kempen vaksinasi yang memasuki hari kedua.

Menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) melalui hantaran di platform media sosial X, jumlah keseluruhan kanak-kanak yang telah divaksin menghampiri 157,000. UNRWA juga menyatakan bahawa walaupun berdepan cabaran besar, usaha vaksinasi ini diteruskan untuk memastikan komuniti di Gaza dilindungi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memulakan semula kempen vaksinasi polio di Gaza pada hari Selasa, sebagai sebahagian daripada perjanjian kemanusiaan antara rejim Israel dan Hamas. Jeda kemanusiaan yang dipersetujui dalam konflik ini membolehkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin disasarkan untuk menerima vaksin.

Menteri Kesihatan Gaza, Majed Abu Ramadan, pada hari Isnin telah mengumumkan pelancaran pusingan kedua kempen vaksinasi polio bagi kanak-kanak di bawah usia 10 tahun di Semenanjung Gaza. Kempen ini berlangsung selama tiga hari di Deir Al-Balah dari 14 hingga 17 Oktober, dengan kemungkinan dilanjutkan sehari lagi jika diperlukan.

SUMBER: Awani

Related Articles

Back to top button