ROM : Kira-kira 45 penumpang kapal persiaran MSC Grandiosa didapati positif Covid-19, memaksa mereka untuk diturunkan di pelabuah Genoa di sini semalam.
Bagaimanapun, pengendali kapal tersebut, MSC Cruises enggan mendedahkan jumlah sebenar individu yang dijangkiti wabak itu namun sejumlah besar penumpang masih kekal di atas kapal berkenaan.
Dakwaan bahawa jumlah penumpang yang dijangkiti di atas kapal yang tiba di Genoa melibatkan seramai 120 hingga 150 orang dinafikan oleh pihak MSC.
“Hari ini (semalam) kami menurunkan 45 penumpang yang positif COVID-19 di Genoa,” kata syarikat terbabit dalam kenyataan.
Penumpang yang dilaporkan tidak bergejala dan kontak rapat kebanyakannya diasingkan serta-merta di dalam kabin dan balkoni serta diberikan rawatan perubatan.
Sementara itu, pihak berkuasa pelabuhan di Genoa mengesahkan mereka yang diturunkan dari kapal persiaran berkenaan melibatkan warga Itali dari utaradihantar pulang ke rumah.
Manakala warga asing dihantar ke kemudahan penjagaan sementara untuk kuarantin.
Kapal persiaran itu akan meneruskan perjalanan ke pelabuhan Civitavecchia, Itali yang mana pesakit positif yang tinggal di tengah atau selatan negara itu akan diturunkan serta dihantar pulang untuk kuarantin.
Menurut pihak berkuasa lagi, segala kos pemindahan dan penginapan di pusat rawatan Covid-19 akan ditanggung oleh MSC Cruises.
– AFP