DuniaSemasa

Lebih 39,000 ayam di Bulgaria dihapuskan akibat wabak selesema burung

SOFIA : Pihak berkuasa veterinar Bulgaria mula menghapuskan lebih 39,000 ekor ayam di perkampungan selatan Krivo Pole selepas wabak selesema burung disahkan di dua ladang perindustrian di negara itu, kata gabenor wilayah Haskovo.

Minko Angelov berkata kedua-dua ladang tersebut telah dilanda selesema burung jenis A yang sangat patogenik. Ini adalah wabak kedua di kampung itu sejak April menyebabkan lebih 40,000 ekor ayam terpaksa dihapuskan.

Penyakit selesema burung telah merebak di Eropah dan Asia dalam masa beberapa minggu sejak kebelakangan ini.

Selesema burung sering membawa maut kepada ayam dan itik. Ia tidak boleh disebarkan melalui makanan, walaupun beberapa kes melibatkan individu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli epidemiologi.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button