DuniaSemasa

Lebih 30 terkorban dalam dua kemalangan berasingan di Turkiye

ISTANBUL: Dua kemalangan jalan raya yang berlaku di lokasi berasingan di Turkiye telah mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang manakala puluhan lain mengalami kecederaan.

Menurut laporan media tempatan, kejadian pertama yang berlaku di  lebuh raya antara wilayah Gaziantep dan Nizip melibatkan kemalangan antara sebuah bas dan ambulans yang mengorbankan 15 orang serta mencederakan lebih 31 yang lain.

Agensi berita Daily Sabah melaporkan bas penumpang yang merempuh sebuah ambulans, jentera bomba dan kenderaan sedang membawa wartawan ke lokasi nahas terdahulu.

Tiga anggota paramedik, tiga anggota bomba dan dua wartawan dari agensi berita Ilhas Turkiye merupakan antara yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Akhbar rasmi Turkiye, Agensi Anadolu melaporkan bahawa kemalangan yang membabitkan empat kenderaan itu berlaku di tapak yang sama di mana berlaku kemalangan pertama tidak lama sebelum itu.

Dalam pada itu, pasukan penyiasat berada di lokasi kemalangan kedua yang berlaku kira-kira 250 kilometer dari tapak kemalangan pertama beberapa jam sebelum itu yang turut berlaku ketika pasukan kecemasan masih menguruskan kemalangan yang berlaku lebih awal.

Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca, dalam ciapan Twitter berkata, kemalangan pertama itu menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan hampir 30 cedera selepas seorang pemandu trak merempuh pejalan kaki di Derik di wilayah Mardin.

Kemalangan di Derik di wilayah Mardin itu berlaku selepas brek trak gagal berfungsi menyebabkannya terbabas dan melanggar sekumpulan pejalan kaki, menyebabkan 26 mangsa cedera termasuk enam parah.

Media tempatan berkongsi paparan video menunjukkan pemandu trak gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas menuju ke arah kawasan letak kereta dan orang ramai yang cuba melarikan diri.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button