Semasa

Lebih 30 pacuan empat roda MAPIM Rangers menghantar bantuan ke Mentakab

Kuala Lumpur : MAPIM Malaysia telah mengaktifkan  Emergency Response Desk MAPIM bagi memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang membabitkan tujuh negeri.

Pagi ini, MAPIM Malaysia sekali lagi telah bergerak ke Mentakab, Pahang bagi memberikan bantuan kepada mangsa banjir di sana.

 

Misi pada kali ini diketuai sendiri oleh (Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis MAPIM Malaysia dengan kekuatan lebih 30 buah kereta pacuan empat roda daripada MAPIM Rangers yang membawa barangan keperluan mendesak untuk mangsa banjir di sana.

Pada kemuncak banjir minggu lepas seramai 34,390 orang yang ditempatkan di 245 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Pahang.

 

Kini menurut info MKN, mangsa banjir di PPS sudah berkurangan menjadi 19,839 di 137, PPS. Ia memberi maksud, sudah ramai yang pulang ke rumah dan mereka ini sangat perlukan bantuan kerana keadaan rumah mereka sudah hancur akibat banjir besar yang melanda.

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan Malaysia

Memetik (Dr.) Sani Araby Al Kahery, “Melalui gambar dan video banjir besar di Mentakab Pahang, kita tidak boleh nak bayangkan betapa besarnya kemusnahan di situ. Cuma kami tahu, dengan skala kemusnahan itu, sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir juga perlu berterusan kerana mereka sudah tidak punya apa-apa lagi sekarang. Atas kerana itu, untuk ke sekian kalinya kita terus menghantar bantuan ke Mentakab dan daerah-daerah lainnya nanti.”

Selain bantuan makanan dan keperluan lain, MAPIM Malaysia juga berusaha memberikan bantuan dalam bentuk pemeriksaan kesihatan percuma, makanan panas (mobile kitchen) dan bantuan psikologi untuk para mangsa banjir.

MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button