Covid19DomestikKesihatanSemasa

Lebih 11 juta individu, terima dos penggalak

KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 11,327,531 atau 48.4 peratus selepas seramai 203,943 individu dewasa di negara ini menerima dos penggalak COVID-19, semalam.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, seramai 22,920,175 atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi.

Selain itu, 23,197,884 individu atau 99.1 peratus daripada kumpulan itu, menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Seramai 2,784,682 individu atau 88.5 peratus membabitkan remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,865,987 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Statistik harian menunjukkan sebanyak 208,042 dos vaksin sudah diberikan semalam, membabitkan 1,677 dos pertama, 2,422 dos lengkap dan 203,943 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bertambah kepada 62,892,195 dos.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, sebanyak 12 kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan Sabah dan Selangor masing-masing merekodkan tiga kes, Johor (dua kes) dan masing-masing satu kes di Melaka, Pahang, Perak dan Pulau Pinang. – BERNAMA

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button