Covid19DuniaSemasa

Lebih 1 juta kematian di Eropah Timur akibat COVID-19

MOSCOW : Jumlah kematian akibat Covid-19 di Eropah Timur mencecah 1 juta berikutan penularan varian Omicron dan tiga daripada lima negara mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi di Eropah termasuk Russia, Poland dan Ukraine.

Eropah Timur membentuk 39 peratus daripada penduduk rantau itu dan menyumbang lebih separuh daripada jumlah kematian.

Sebanyak 1,045,454 kes direkodkan di Eropah timur berbanding 1,
Jumlah kematian di Eropah Timur mencecah sehingga 1,045,454 kes semalam berbanding 1,873,253 kes di seluruh Eropah.

Wilayah ini termasuk Belarus, Bulgaria, Republik Czech, Hungary, Moldova, Poland, Romania, Rusia, Slovakia dan Ukraine.

Namun, kes Omicron yang dikesan di Eropah Timur lebih sedikit berbanding di Eropah Barat, di mana kes harian menjadi lebih tinggi dan mencatat rekod baharu.

794 kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan di Poland kelmarin, rekod tertinggi untuk gelombang keempat wabak itu, walaupun angka itu mungkin disebabkan jumlah terkumpul akibat cuti perayaan Krismas.

Russia mengatasi Brazil di tempat kedua bagi jumlah kematian tertinggi di dunia akibat pandemik COVID-19 di belakang Amerika Syarikat (AS), berdasarkan data perkhidmatan statistik Russia semalam.

Perkhidmatan statistik, Rosstat, berkata 87,527 orang meninggal dunia akibat COVID-19 pada November, menjadikan bulan paling banyak kematian dicatatkan di Russia sejak permulaan wabak itu.

Pada peringkat global, seramai 286,891,918 mangsa telah dijangkiti manakala 5,446,315 nyawa telah terkorban di 222 negara serta wilayah sejak wabak mula dikesan pada akhir 2019.

Menurut Menteri Kesihatan, Mikhail Murashko, Russia sudah memberikan vaksin kepada hampir 55 peratus penduduknya dengan sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Republik Czech dan Hungary mendahului kadar vaksinasi di rantau itu dengan hampir 64 peratus daripada jumlah penduduk kedua-dua negara sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan.

Ukraine mempunyai kadar terendah dengan hampir 33 peratus penduduknya hanya menerima satu dos.
– AGENSI

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button