SEPANG : Negara kita sedang dilanda perubahan angin monsun yang mengakibatkan hujan lebat yang adakalanya berlarutan dari malam sehingga ke pagi.
Ini menyebabkan sesetengah kawasan di Malaysia dilanda banjir yang teruk.
Antaranya adalah di kampung Giching yang dilanda banjir kilat buat kedua kalinya pada tahun ini.
“Banjir ini sudah berlaku dua kali buat masa sekarang setelah berbelas tahun tidak berlaku perkara macam ini tetapi kami sudah membuat persiapan awal sejak malam semalam memandangkan hujan seperti tiada kesudahan,” kata salah seorang penduduk kampung Giching.
Menurut seorang penduduk kampung Giching, ketika banjir kilat yang pertama, keadaan masih boleh dikawal sehingga ‘ban’ (empangan air) pecah dan air daripada sungai utama juga turut membanjiri kawasan kampung mereka.
Dakwa seorang penduduk di situ, bencana ini merupakan sejarah paling teruk setelah berbelas tahun tidak berlaku banjir.
Kejadian banjir kedua dalam kampung ini sudah dapat disangkal oleh penduduk kampung, jadi mereka sempat merancang beberapa persediaan untuk mengatasi bencana tersebut.
Berikut merupakan pautan video yang dirakam oleh penduduk sekitar daerah Sepang :
Ni view dari arah Nilai/Salak Tinggi.
Boleh jalan straight je untuk hala ke Mitsui/Movenpick Tabung Haji/KLIA/KLIA2. Tu pun kena redah air banjir sikit.
Ke kanan Kota Warisan/Dengkil/Putrajaya tutup terus. pic.twitter.com/SATYUsyRJw
— Syazwan (@syzwxyz) December 18, 2021
sumber video : akaun twitter @syzwxyz
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today