RIYADH: Kerajaan Kerajaan Arab Saudi bertegas tetap mengharamkan urusan import pokok termasuk perhiasan Krismas meskipun membenarkan sambutan perayaan itu di negara berkenaan.
Media tempatan Saudi, Alwatan melaporkan larangan oleh Kerajaan Arab Saudi kerana menganggapnya tidak sesuai dengan ajaran Islam.
Pihak Berkuasa Zakat, Cukai dan Kastam Saudi (ZATCA) mengesahkan perkara ini dan menyifatkan pokok Krismas sebagai lambang kepercayaan orang bukan Islam.
Tindakan itu menyebabkan segelintir pihak mengecam pihak berkuasa Saudi kerana mengharamkan pokok dan hiasan Krismas di tengah-tengah gelombang liberalisasi di negara itu.
Terdahulu, Arab Saudi membenarkan perayaan Halloween, konsert dan aktiviti hiburan lain.
في ظني،هذا قرار جانبه الصواب تماما،فهل ديننا بهذه الهشاشة بحيث تتأثر النفوس بشجرة،أو حتى مشاركة العالم احتفالا بعيد ميلاد رسول نعترف باعجاز مولده؟ثم أن السعودية اليوم تقدم نفسها على أنها بلد تسامح واستيعاب لكل الأديان والمذاهب،فهل يساعد مثل هذا القرار على رسم هذه الصورة؟لا أظن.. https://t.co/IJQlhah4ZL
— تركي الحمد T. Hamad (@TurkiHAlhamad1) November 7, 2022
“Adakah agama kita begitu rapuh sehingga kepercayaan boleh dipengaruhi hanya melalui pokok Krismas? Atau juga penyertaan dunia dalam menyambut hari lahir seorang utusan yang kelahirannya kita ketahui?” komen wartawan Saudi, Turki Al Hamad di Twitter.
“Saudi hari ini adalah negara penuh toleransi dan menerima semua agama dan mazhab. Adakah keputusan ini membantu untuk memaparkan imej yang dimaksudkan? Saya tidak fikir begitu,” tweet Al Hamad lagi.
أقترح على الجمارك السعوديه اعادة النظر في منع دخول شجرة الكريسمس واحترام طقوس الاخوة المقيمين من الديانات الأخرى ولا ارى داعي لمنعها
قال تعالى:
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (6)@Zatca_sa @Saudi_MT pic.twitter.com/2nqtiO8t3v— مخلف ابن دهام الشمري (@daham17881) November 9, 2022
Sementara itu, ZATCA bukan sahaja mengharamkan pokok Krismas dan perhiasan malah barangan yang menjadi lambang agama tertentu selain Islam juga dilarang oleh pihak berkuasa memasuki Arab Saudi.
Pihak Berkuasa Kastam Saudi sebelum ini menjawab soalan salah seorang netizen Arab Saudi berkenaan kebenaran mengimport pokok Krismas di negaranya.
ZATCA menjelaskan melalui akaun Twitter rasminya bahawa barangan ini masih dilarang diimport menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baharu.
Bagaimanapun, tweet ZATCA yang menjawab kepada soalan netizen itu kemudian dipadamkan di Twitter tanpa sebab. Cubaan media untuk menghubungi pihak berkuasa Saudi untuk pengesahan, tidak mendapat maklum balas.