Lapan peniaga terbunuh dalam serbuan di pasar
LAGOS : Lapan peniaga terbunuh dalam serbuan di sebuah pasar di Aba, Abia
Pelaku turut membunuh 51 ekor lembu semasa kejadian.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada serangan itu mempunyai kaitan dengan pejuang pemisah.
Jurucakap polis Geffery Ogbonna berkata punca dan tujuan serangan itu sedang disiasat.
“Berlaku satu kejadian serangan di sebuah pasar di Aba oleh penyerang tidak dikenali yang membunuh lapan peniaga dan 51 ekor lembu.
“Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti motif serangan itu,” katanya.
Setakat ini, tiada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan, menurut Oghbonna.
Katanya, pasar terbabit adalah lokasi perniagaan baharu dan ramai peniaga dari seluruh negara berdagang di situ.
“Peniaga ini baharu sahaja dipindahkan ke lokasi ini dan ia dikawal oleh kumpulan etnik berbeza di Nigeria,” katanya.
Sebelum ini, pejuang pemisah dilaporkan sering melakukan serangan di tenggara Nigeria mengakibatkan lebih 130 anggota polis terbunuh sejak tahun lalu.
-AGENSI