Dunia

Lapan lagi masih dicari akibat banjir lumpur di Turki

Taburan hujan melampaui purata bacaan bulanan

Lapan dilaporkan maut dalam banjir kilat yang melanda bandar pesisiran Laut Hitam, Turki, manakala lapan lagi dikhuatiri hilang.

Pasukan mencari dan menyelamat Turki, terpaksa menggunakan bantuan helikopter di bandar Dereli, bagi mengesan mangsa yang dibimbangi dihanyutkan air angkara banjir kilat pada lewat Sabtu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylum yang turun padang mengunjungi operasi mencari mangsa berkata dua daripada mangsa ditemui semalam.

Sementara itu, seorang anggota polis antara mangsa yang maut, kerana kenderaan ditungganginya dihanyut arus deras dan terjunam ke dalam gaung ketika dia mahu bertugas ke lokasi kejadian.

Dua lagi pegawai polis disahkan terbunuh, sementara seorang operator jentera penggali masih dicari.

Jentera pengkaut dilihat sejak semalam membersihkan lumpur dan serpihan yang dibawa banjir di bandar itu, yang terletak 20km dari Wilayah Giresun.

Di seluruh wilayah, 17 bangunan musnah dangan 360 laporan kerosakan.

Menteri Perhutanan dan Pertanian, Bekir Pakdemirli, berkata taburan hujan sepanjang minggu lalu mengatasi purata hujan bulanan bagi rantau itu. -AFP

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button