DuniaPalestinSemasa

Lagi remaja Palestin tikam polis Israel ditembak mati

BAITULMAQDIS: Kejadian sama berlaku lagi apabila seorang lelaki warga Palestin ditembak mati selepas menikam anggota polis Israel di Bandar Lama Baitulmaqdis semalam.

Polis Israel dalam satu kenyataan, berkata lelaki bersenjatakan pisau itu mencederakan dua anggota polis sebelum ditembak mati di lokasi kejadian.

“Pengganas tiba di Pintu Pagar Cotton Merchant di Bandar Lama Baitulmaqdis serta menikam dua anggota polis Israel, memaksa anggota lain bertindak balas melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian penyerang,” katanya.

Polis kemudian mengesahkan bahawa penyerang merupakan warga Palestin berusia sekitar 20an dari Tebing Barat.

Sumber Palestin kemudian mengesahkan mangsa dari khemah pelarian Jalazone dekat Ramallah adalah Abdel Rahman Qassam, 22, sementara dua anggota polis yang tidak mengalami kecederaan serius itu dibawa ke hospital.

Semalam, seorang remaja Palestin, Karim Jamal al-Qawasmi, 19, juga ditembak mati di Bandar Lama selepas menikam dan mencederakan seorang pegawai polis.

Israel menceroboh kawasan Bandar lama yang terletak di timur Baitulmaqdis, yang juga dituntut Palestin sebagai ibu negara masa depan mereka.

Seorang lagi remaja Palestin, Yamen Jafal, 16, mati ditembak kelmarin di tebing Barat apabila menyerang pasukan tentera Israel dengan membaling ‘Molotov cocktail’ atau bom botol.

Sejak 8 Februari lalu, dilaporkan sembilan warga Palestin dibunuh di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, di mana serangan bersendirian terhadap pasukan keselamatan Israel sering dilakukan.

Polis berkata penyerang terbabit datang dari Masjid Al-Aqsa, tempat ketiga paling suci bagi umat Islam, yang menyaksikan pertempuran besar dengan penduduk Palestin Mei lalu apabila polis Israel menyerbu perkarangan masjid itu. – AFP

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button