DuniaInspirasi

Lagenda bola sepak Belanda, Clarence Seedorf peluk Islam

ANKARA : Lagenda bola sepak Belanda, Clarence Seedorf telah mengumumkan bahawa beliau telah memeluk Islam

Seedorf yang kini sudah berusia 45 tahun memaklumkan perkara tersebut menerusi akaun Instagram rasminya semalam.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi sokongan dan menyampaikan kata-kata yang baik dalam meraikan saya menyertai keluarga Muslim.

“Saya sangat gembira dapat menyertai semua Saudara dan Saudari Muslim dari seluruh dunia, terutamanya anak perempuan saya, Sophia yang comel, yang telah mengajar saya lebih banyak mendalami makna Islam, katanya.

Dalam pada ituy, beliau memberitahu bahawa beliau tidak menukar namanya seperti yang diberikan oleh ibu bapanya, Clarence Seedorf.

“Saya ingin sampaikan salam cinta dan sayang kepada semua orang di dunia,” katanya.

Untuk rekod, Clarence Seedorf bermain untuk banyak kelab terkenal, termasuk Ajax, Real Madrid, Inter Milan dan AC Milan, sepanjang kerjayanya.

Bekas pemain tengah Belanda itu pernah merangkul empat gelaran Liga Juara-Juara UEFA (pada tahun 1995 bersama Ajax, pada tahun 1998 dengan Real Madrid, pada tahun 2003 dan 2007 dengan AC Milan), satu piala La Liga bersama Real Madrid pada tahun 1997 dan dua piala Serie A dengan AC Milan pada tahun 2004 dan 2011 sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button