KepenggunaanSemasa

Ladang Ummah bekalkan 54 ekor lembu ibadah korban Parlimen Gombak

GOMBAK: Syarikat Ladang Ummah (M) Sdn Bhd yang merupakan cabang tijarah milik MAPIM Malaysia dengan jayanya telah membekalkan 54 ekor lembu bagi memeriahkan ibadah korban 2023/1444H Parlimen Gombak pada Rabu.

Serahan telah dilakukan oleh Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Tuan Haji Faris Hussain diringi Pengarah Ladang Ummah, Hidayat Abdullah kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Korban serta sumbangan kewangan Parlimen Gombak dan Dun Sungai Tua di Padang Batu Caves, pagi tadi.

Menurut Menteri Besar Selangor dalam ucapannya, bagi keperluan ibadah korban dan rakyat yang memerlukan, kerajaan negeri telah membelanjakan RM6 juta hasil daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk kerajaan negeri sendiri untuk diagihkan lembu-lembu daripada pembekal kepada semua surau dan Masjid di negeri Selangor.

Alhamdulillah hari ini adalah penyerahan sumbangan yang kita dapatkan daripada perseorangan, syarikat swasta dan juga sebahagian kerajaan negeri yang kita agihkan. Ini tambahan daripada apa yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri“.

“Hari ini tambahan kita ada 115 ekor untuk kawasan Sungai Tua, Gombak dan sebagainya mencecah 70 ekor. Yang minta ini adalah pihak surau dan masjid jadi kita bantu. Selain peruntukkan kerajaan, kita juga ada orang perseorangan yang serahkan sumbangan kita agihkan kepada organisasi, NGO, badan dan juga individu yang ingin melaksanakan ibadah korban dan meraikan mereka yang tidak mampu“, ujar Datuk Seri Amirudin Shari kepada pemberita pada sesi sidang media.

Bagi pihak Ladang Ummah pula, peluang pembekalan lembu tempatan yang diberikan oleh kerajaan negeri ini dilihat sebagai satu ruang ibadah dalam usaha memeriahkan lagi sambutan Aidil Adha di Selangor.

“Berbanyak terima kasih diatas sokongan serta dokongan yang diberikan oleh kerajaan negeri. InshaAllah kita mengharapkan kerjasama ini dapat diluaskan dan terus mendapat sokongan kerajaan negeri untuk Ladang Ummah terus terlibat dalam pemerkasaan industri keterjaminan makanan (food security) negara“, ucap Tuan Haji Faris Hussain.

BACA JUGA
Ladang Ummah terima pelaburan RM10 juta dalam usaha kukuhkan industri penternakan ruminannya

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button