
KUALA LUMPUR: Program Mobile Clinic Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diteruskan lagi ke lokasi keenam di Dewan Merdeka Perumahan Awam Sri Johor, hari ini.
Program ini adalah usaha sama antara MAIWP dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Program ini bertujuan bagi memberi rawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada yang memerlukan.
Menurut Rosni Mat Zin, 58, berkata, “Makcik suka sangat dengan cara pemberian rawatan, layanan daripada petugas-petugas dan doktor yang begitu ramah. Program ini adalah paling terbaik pernah saya kunjungi, semoga terus berkhidmat buat masyarakat.”
Program ini memberikan manfaat kepada masyarakat berbilang kaum dengan peratusan warga Cina mencapai 85 peratus, sepuluh peratus Melayu dan lima peratus India.
Program Mobile Clinic MAIWP ini dijayakan dengan bantuan tujuh petugas sukarelawan MAPIM Malaysia; dua petugas Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan (MediCom).
Program ini turut mendapat kerjasama dan khidmat Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan (MediCom).
Penglibatan mereka memudahkan lagi pengurusan pesakit yang memerlukan.
Seramai 38 orang telah mendapat rawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma hari ini.
Program Mobile Clinic MAIWP akan diteruskan lagi pada esok, Rabu. Ia bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today