Semasa

Kunjungan mesra APM ke Ummah Central Warehouse

SEPANG : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sudah mendapat kepercayaan masyarakat dalam menyediakan segala jenis bantuan seperti kotak makanan kepada mereka yang memerlukan di dalam mahupun di luar negara.

Pada Khamis (16 Disember) Angkatan Pertahanan Awam Pahang telah mengadakan kunjungan mesra ke Ummah Centre Warehouse, pusat pengedaran barang-barang bantuan daripada MAPIM untuk diagihkan ke seluruh negara.

Kunjungan tersebut dihadiri sendiri, Pengarah APM Y.S Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman dan timbalannya, Lt. Kol (PA) Wan Abdul Rahim Wan Sulaiman.

MAPIM juga menyerahkan 330 kotak makanan kepada pihak APM Pahang untuk diagihkan kepada warga Pahang yang terjejas.

MAPIM dan APM berkongsi objektif yang sama, iaitu untuk menyantuni ummah yang kurang bernasib baik dan dalam masa yang sama merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button