Kunjungan Aidilfitri MAPIM kukuhkan ukhwah bersama IPSI
GEORGETOWN : Aidilfitri mengukuhkan lagi ikatan antara pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan salah satu sayap dakwahnya di Pulau Pinang, Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI).
Jemaah IPSI telah menerima kunjungan khas Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery sempena bulan Syawal ini bagi melihat Masjid Tarik Air yang telah diperbaikpulih strukturnya.
(Dr.) Sani berkunjung bagi melihat perkembangan masjid itu sambil berkongsi kata-kata semangat, nasihat dan idea-idea bernas bersama pihak IPSI.
Beliau turut berpeluang melihat pengindahan semula Masjid Tarik Air yang diuruskan oleh pihak IPSI.
Menurut Presiden IPSI, Dato’ Haji Kamarudin, pihaknya telah mengambil inisiatif mencantikkan semula masjid tersebut serta mengaktifkan lagi aktiviti-aktiviti bagi mengimarahkan rumah Allah itu.
Baginya, pertemuan yang merapatkan lagi ukhwah ini dalam masa yang sama adalah bertujuan mengukuhkan perjuangan ummah di samping melebarkan sayap untuk kerja-kerja dakwah pada masa akan datang.
Untuk rekod, Dato’ Haji Kamarudin sebelum ini juga pernah bersama-sama MAPIM Malaysia dalam misi-misi kemanusiaan seperti misi bencana di Palu pada tahun 2018.
Memetik sumber laman web Yayasan Islam Pulau Pinang, Masjid Tarik Air telah didirikan di atas tanah yang diwartakan sebagai tanah wakaf masjid oleh Haji Mohd Salleh Al-Ashee yang berasal dari Acheh.
Masjid ini pada asalnya merupakan sebuah surau kayu kecil yang dirobohkan pada tahun 𝟏𝟖𝟖𝟎 sebelum terbinanya sebuah masjid konkrit di tapak yang sama.
AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA DI BULAN SYAWAL
MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau infaq menerusi
www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038