DomestikDuniaSemasa

Jemaah haji bakal berangkat ke tanah suci 4 Jun

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

Muar: Jemaah haji Malaysia bagi kumpulan pertama dijangka bakal berlepas ke tanah suci pada 4 Jun bagi menunaikan Rukun Islam kelima berbanding pada awal 31 Mei.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ekoran pengurangan jumlah jemaah yang akan menunaikan ibadah penundaan tarikh itu berlaku berbanding kebiasaannya.

Tambahnya lagi, rundingan dengan syarikat penerbangan telah dilakukan mengenai anjakan tarikh berkenaan.

“Pada tahun ini, jumlah penerbangan berkurang separuh berbanding tahun sebelumnya kira-kira 80 penerbangan. Manakala, jumlah jemaah haji bagi tahun sebelum ini seramai 30,000 orang.

“Pada tahun ini, jumlah jemaah haji hanya 14,000 orang. Saya baru sahaja bertemu dengan Ketua Pegawai Ekseutif (Tabung Haji) dan tanya macam mana dengan penerbangan haji dan beliau jawab kemungkinan dianjak  kepada 4 Jun,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Ar Rahnu di Muar johor.

Dalam masa yang sama, berhubung rayuan kuota tambahan 5,000 jemaah bagi muusim haji kali ini, Malaysia  masih menunggu keputusan Arab Saudi.

Sebelum ini, Arab Saudi telah menetapkan beberapa syarat kesihatan yang perlu dipatuhi oleh bakal jemaah haji Malaysia dan dianggarkan lebih 1,000 jemaah terpaksa menolak tawaran disebabkan beberapa faktor termasuk masalah kesihatan.

-Agensi

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button